Friday, 18 December 2015

Cupid love, stupid love (me)


AMARAN!

POST INI MUNGKIN MENGANDUNGI ELEMEN GELI TEKAK, LOYA, NAK MUNTAH DAN TERCIRIT. KALAU ANDA SEORANG YANG SUKA KECAM ORANG & JIWA TAK KUAT UNTUK POST EMOSI DAN LUAHAN PERASAAN. TOLONG TEKAN BUTTON X DAN BERLALU PERGI DARI BLOG SAYA DENGAN AMAN DAN JAYANYA, TERIMA KASIH.


Hi, salam kepada semua yang masih membaca!!!!


Aku, memang suka dengar masalah orang. Especially bila bab hati dan perasaan juga paru paru serta limpa. Lagi suka bila dia minta advise dari kita, dan dia willing to share every single thing on dorang punya relationship dengan kita, atau dorang punya rahsia dengan kita. Bukan relationship cinta sahaja ye anak anak, friendship pun ada okay. Amboi suka je fikir kita ni hangat bercinta cis.

Rasa macam, diri ni, sangat dipercayai. Rasa " okay kau kena tolong sebaik mungkin Nina. Please advise yang baik baik please " Dan percayalah saya takkan cerita pun kisah cinta duka lara awak, awak, awak, awak dan awak dekat sesiapa. Sebab saya tak nak orang hilang rasa percaya dekat saya  :'))

Lagi seronok, beronok ronok, bila, kita dah advise orang dengan pendapat sekentut kita, lepastu orang tu datang balik dan.............. "Wei terima kasihlah, terima kasih sebab sudi dengar masalah aku. Aku dah okay dah dengan si polan tu. Dah baik dah dengan si polan tu" Ya, masatu rasa macam alamak aihhh, terima kasihlah sebab percaya aku, terima kasih, aku di sini sudi membantu *terharu sangat taw*

Tapi ada jugak yang tak menjadi, macam " wei, tak jadi doh. Aku rasa aku takleh jujur sangat cakap apa yg aku rasa mcm kau suruh tu, dia tak faham " Ops. Dah buat silap, cepat cepat aku minta dia counter balik dengan benda yg agak agak boleh difahamkan oleh sebelah pihak sana. Supaya keadaan tak keruh. Tapi sedih jugakkan, bila kita nak jujur orang tak boleh terima pendapat kita hm T.T

Tak minta lebih pun, cuma ingatlah saya sebagai kawan dan janganlah lupakan saya di masa masa akan datang supaya saya tidak dipinggirkan begitu sahaja seperti yang saya dah lalui sebenarnya. Ya, memang ada pesen kawan cari kawan time susah. Memang adalah. Dan jika, Nina adalah salah seorang yang buat macamtu pada anda, anda, anda dan anda. Sila beritahu saya secepat mungkin agar saya tidak jauh dari kalian, dan agar saya sedar, saya jugak berperangai tak senonoh macam itu. Ampunkan saya.

Woah, mood update blog menggila malam ni ye. Sampai macamni sekali ayat dia kikiki 

Cuma ada sikit rasa tak puas hati dekat sini. Sebab alkisahnya. Aku selalu lega dan selesa dapat tolong orang hadap perasaan pelik yang dorang rasa dorang takleh hadap. TAPI. Tang diri sendiri. Tang diri sendiri!!! Amboi nyah oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, ke laut sulu perginya. Mainan perasaan sendiri, hm hm hm ada juga la rasa kalau tak tahan sangat dah, kita lepas dekat cahabat tercayunks kita. Yang selalu juga ingat ingatkan kita, pada si Dia kalau kita dah terlalu leka layan rasa sakit yang entah apa apa ni.Tapi memang kebanyakkannya, memang kita jenis simpan sendiri, simpan, simpan, simpan simpan. Tiba masa BOOOM dia meletup sendiri x_x


Takpalah,asalkan aku puas, sangat puas bila boleh tolong kawan kawan. Sangat sangat sangat puas. Maybe aku patut fikirkan charge sesi kaunseling yang telah aku luangkan masa mendengar dan memberi advise kepada mereka.. Hm.....  CEH TIPU JE. Janganlah tunjuk sangat perangai hadap duit tu Nina oiiii. Kau permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kau. Ingat tu nina. Ingat tu. Sampai mati.

Jadi sekarang, aku tunggu lah sesiapa datang bergolek golek depan mata. Kalau ada yang sudi bergolek, kalau takde takpe. Dia tahu mungkin aku tak ready lagi nak layan emosi sendiri bila dah ada macam gitu gitu lalalalala. Ah sudahlah. Mengada nina. Takpa, still steady eh nina. Steady!! Yang penting bila kau tolong orang, orang happy. Takda masalah! Takde hal! TAKPE NINA TAKPE. TOLONG ORANG SELAGI KAU MAMPU! TAKDE HAL TAKDE HAL. Over sangat pulak dah. Ish.

Monday, 14 December 2015

Terkilan

A : How much is this? * tunjuk sepapan telur dekat cashier *
Cashier : * ignore *

Okay dekat sini dah nampak how rude the cashier was. Tadi pergi beli toiletries kat B*****T, Serdang. Macam eh apahal lak minah ni, duk bangi datang serdang beli toiletries. Takde kedai ke kat Bangi tu. Haippp. Cut it out.

Actually, pergi hantar aunty ni kat serdang, so alang alang tu adik nak beli tracksuit and his stuffs untuk ke camping esok. Beli la kat pekan serdang tu, sebab dah dekat sangat. Malas nak pusing balik rumah pi Warta pulak, eh tak rajin tak rajin. Bazir minyak. So sekali jalan je.

Situasi dimana rasa sangat sakit hati. I thought aku sorang je yang rasa bengang dan kesian. Otw ke kereta tu, terbayang bayang apa yang jadi depan kitorang tadi, tiba tiba

Oin : Kak Nina, kesian kat abg tadi, cashier tu kurang ajar doh. Aku kesian gila kt abg tu. Nak marah rasa dekat cashier tu.

Me : HAAAAAAAAAAAAAAA KAN! AKU PUN RASA BENDA YG SAMA.

Oin : Kurang ajar doh, aku rasa kesian gila. Bukannya tak boleh layan baik2, dorang pun mentang ingat kerja dah lama, boleh buat camtu.

Me : Kannn... Aku rasa tak patut en dorang buat camtu. Dorang pun sama sama datang sini, takyah ah doh layan camtu. Biadab gila. Boleh je layan elok2, kalau tak faham apa abg tu cakap, boleh je tanya elok2, ni biadap gila.

Oin : Kan! Aku rasa abg tu sabar je doh. Kalau tak memang dah kena hentam dahh.

Me : Menyesal doh tak tolong dia, kesian dia.

Oin : Tula, sebangang bangang BI aku, aku faham kut. Boleh je tanya elok2. Cakap elok. Tak baik doh main2 kan orang. Ei aku panas la kak nina, serious doh bengang. Kesian gila. Bongok doh dorang tu. Dahlah masing2 pun datang, ei kurang ajar gila.

Me : * silent* * Dalam hati rasa menyesal sangat tak tolong :'(( *

Time kitorang beratur, ada sorang abg, dia seorang Awang Hitam. But would prefer to call him abang la, cuz to me, tak best la nak panggil dia camtu en. Okay.......

Dia tengah que depan kitorang, nampak macam student. Oin nampak dia pakai something tergantung kat leher ada tulis UPM. Kitorang pun fikir ha student. Confirm. Okay, mula mula dia tanya telur, macam yang kat atas tu.

Cashier tu kinda buat muka kat dia, aku tak faham asal cashier tu nak buat camtu. Sebab abg tu cakap penuh sopan kut. Dahlah dia tunggu situ agak 10 minit gak, dengan barang2 dia beli. Tomato, cili, barang2 nak masak la kan. Tu yang dia tanya telur tu.

Pastu, boleh tak cashier tu, cakap bahasa dia, dengan sorang lagi geng dia, pastu gelak2 macam takde orang tanya apa2, padahal abg tu masih menanti jawapan. Then abg tu tanya lagi sekali " how much is this? " Eh tiba tiba cashier tu marah, dia tunjuk tag harga " already have this sign la! " Oin pandang aku, aku pandang oin. Dalam hati aku macam " wei boleh en cakap elok elok pahal nak marah2 "

Tapi aku tak cakap pun. Sebab..... Nanti sat bagi aku habis cerita dulu. Pastu ada lagi la abg tu, tanya nak beli panadol, dia tanya brp RM, macam biasa, cashier tu, pergi bagi satu kotak, pastu tunjuk kat geng dia, pastu gelak2 lagi. Abg tu buat muka berkerut, tapi aku rasa aku nampak muka dia tak sihat. Sebab kerut dia lain macam. Cashier sorang tu cakap, limit 2 only pastu gelak2 dekat cashier lain. Pastu abg tu kata " okay okay, want this 2 " Yg lain duk gelak2 entah apahal aku tak tahu.

Kalau ikut baran aku yang tak menentu ni, memang aku dah pergi tolong dah abg tu. Bukan apa, tolong explain harga telur tu, lepastu tolong explain panadol tu takleh beli banyak limit 2 je. Sebab cashier tu puuuuuuuuuunnn, speaking terabur!! Pastu ada hati nak gelak2 kan orang. Aish.

Tapi aku tak ikut la baran, sebab aku fikir. Aku ni datang berdua dengan Oin je. Kang kalau lah si cashier dan geng2 dia follow aku sampai kereta. Tak ke naya. Lagi pun, aku en kerja kat Serdang gak. Selalu gak pergi kedai tu. Sampai sorang cashier tu kalau nampak aku pun kerja dah menyengihhhh je. Nak jadi cerita, dia pulak antara geng yg gelak2 tu, memang aku nyampah dah la pasni.

Sebab kuat aku tak tolong abg tadi, sebab time tu memang aku tengah marah dengan layanan cashier tu, kalau aku tolong dia tadi, aku akan cakap kasar2 je kat cashier tu. Tu yang aku macam haih sabar nina sabar kau jangan. Ni bukan kedai kau, kau nak garang2 dgn orang. Jangan doh jangan fikir sikit keselamatan.

Bukan apa, aku sangat marah. Abg tu cakap elok2 kut, aku rasa kalau korang yang tengok tadi pun korang sakit hati. Dan aku rasa serba salah tak tolong abg tadi. Serious wei tak tipu. Ergh nina, sembang doh. Acah berani padahal.... Haish tak tahu la nak cakap camna. Tapi Oin pun rasa benda yang sama jadi bukan aku lah yang baran tak menentu.

Dan paling membakar, yang cashier tu pun sama sama datang sini cari rezeki kut. Jadi tak patut la layan orang yang sama sama datang nak belajar ni. Aku rasa tak masuk dek logik akal betul serious. Urgh kesian sangat taw kat abg tu.

Aku harap sangat, abg tu sabar. Aku harap sangat, lepasni, abg ni dapat layanan baik baik je kat sini. Tak nak sebab dorang dorang ni, kita pula nama buruk. Serious berharap abg ni sabar, cepat sihat ( kalau betul dia tak sihat sebab nampak kat muka dia tadi ) lepastu kalau abg tu Islam, serious sangat berharap Allah lindung dia dari orang orang macamni, semoga urusan dia dekat sini sume settle dengan jayanya.

Hm masih terkilan. Masih. Tapi tulah tak tolong kan, terkilan pun terperuk jela kat rumah ni teringat benda ni. Harap harap tak tengok lagi bebenda camni. Kalau ada, inshaAllah kalau ninja punya spirit tu muncul, inshaAllah nak tolong. Hm..

Dan aku dengan Oin terus terdiam terfikir kesian kt abang tu..............

The end.