AMARAN!
Hi, salam kepada semua yang masih membaca!!!!
Aku, memang suka dengar masalah orang. Especially bila bab hati dan perasaan juga paru paru serta limpa. Lagi suka bila dia minta advise dari kita, dan dia willing to share every single thing on dorang punya relationship dengan kita, atau dorang punya rahsia dengan kita. Bukan relationship cinta sahaja ye anak anak, friendship pun ada okay. Amboi suka je fikir kita ni hangat bercinta cis.
Rasa macam, diri ni, sangat dipercayai. Rasa " okay kau kena tolong sebaik mungkin Nina. Please advise yang baik baik please " Dan percayalah saya takkan cerita pun kisah cinta duka lara awak, awak, awak, awak dan awak dekat sesiapa. Sebab saya tak nak orang hilang rasa percaya dekat saya :'))
Lagi seronok, beronok ronok, bila, kita dah advise orang dengan pendapat sekentut kita, lepastu orang tu datang balik dan.............. "Wei terima kasihlah, terima kasih sebab sudi dengar masalah aku. Aku dah okay dah dengan si polan tu. Dah baik dah dengan si polan tu" Ya, masatu rasa macam alamak aihhh, terima kasihlah sebab percaya aku, terima kasih, aku di sini sudi membantu *terharu sangat taw*
Tapi ada jugak yang tak menjadi, macam " wei, tak jadi doh. Aku rasa aku takleh jujur sangat cakap apa yg aku rasa mcm kau suruh tu, dia tak faham " Ops. Dah buat silap, cepat cepat aku minta dia counter balik dengan benda yg agak agak boleh difahamkan oleh sebelah pihak sana. Supaya keadaan tak keruh. Tapi sedih jugakkan, bila kita nak jujur orang tak boleh terima pendapat kita hm T.T
Tak minta lebih pun, cuma ingatlah saya sebagai kawan dan janganlah lupakan saya di masa masa akan datang supaya saya tidak dipinggirkan begitu sahaja seperti yang saya dah lalui sebenarnya. Ya, memang ada pesen kawan cari kawan time susah. Memang adalah. Dan jika, Nina adalah salah seorang yang buat macamtu pada anda, anda, anda dan anda. Sila beritahu saya secepat mungkin agar saya tidak jauh dari kalian, dan agar saya sedar, saya jugak berperangai tak senonoh macam itu. Ampunkan saya.
Woah, mood update blog menggila malam ni ye. Sampai macamni sekali ayat dia kikiki
Cuma ada sikit rasa tak puas hati dekat sini. Sebab alkisahnya. Aku selalu lega dan selesa dapat tolong orang hadap perasaan pelik yang dorang rasa dorang takleh hadap. TAPI. Tang diri sendiri. Tang diri sendiri!!! Amboi nyah oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, ke laut sulu perginya. Mainan perasaan sendiri, hm hm hm ada juga la rasa kalau tak tahan sangat dah, kita lepas dekat cahabat tercayunks kita. Yang selalu juga ingat ingatkan kita, pada si Dia kalau kita dah terlalu leka layan rasa sakit yang entah apa apa ni.Tapi memang kebanyakkannya, memang kita jenis simpan sendiri, simpan, simpan, simpan simpan. Tiba masa BOOOM dia meletup sendiri x_x
Takpalah,asalkan aku puas, sangat puas bila boleh tolong kawan kawan. Sangat sangat sangat puas. Maybe aku patut fikirkan charge sesi kaunseling yang telah aku luangkan masa mendengar dan memberi advise kepada mereka.. Hm..... CEH TIPU JE. Janganlah tunjuk sangat perangai hadap duit tu Nina oiiii. Kau permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kau. Ingat tu nina. Ingat tu. Sampai mati.
Jadi sekarang, aku tunggu lah sesiapa datang bergolek golek depan mata. Kalau ada yang sudi bergolek, kalau takde takpe. Dia tahu mungkin aku tak ready lagi nak layan emosi sendiri bila dah ada macam gitu gitu lalalalala. Ah sudahlah. Mengada nina. Takpa, still steady eh nina. Steady!! Yang penting bila kau tolong orang, orang happy. Takda masalah! Takde hal! TAKPE NINA TAKPE. TOLONG ORANG SELAGI KAU MAMPU! TAKDE HAL TAKDE HAL. Over sangat pulak dah. Ish.












