Tuesday, 15 February 2022

Cerita Pasal Cats

TIBA TIBA JADI MAK KUCING. 
INI SEMUA SEBAB PKP!

*Sila abaikan suara mak tiri dalam setiap video yang ada*

And it all start here......


Nama sebenar dia, Fluffy. 
Oh ye, saya la yang bagi nama tu!


Never have I ever imagine seketul Nina yang tak Ninja bila dengan kucing. Jadi salah sorang kucing lovers. Amazing! Ini semua salah PKP. Sebab memerap je kat rumah kan. Jadi banyak pulak masa tengok alam sekitar. HAHA Yang tahu mesti tahu, nina dulu seorang yang sangat takutkan kucing. Selain dari kulit yang sensitive bila kucing datang dekat sebab nanti muka naik bintik bintik, sebenarnya seketul Nina memang maha penakut dengan kucing.

Lepastu that one cute cat came to our house. Selalu kelaparan. And sebagai seorang yang sangat penakut, I just recorded her dari jauh. Ayah pesan jangan selalu bagi makanan nanti dia datang tinggal sini. Tapi apakan daya. Walaupun masatu sangat takut. She always came with the most cutest hungry eyes. And I cant resist her. So I keep feeding her. Never miss!

Dan tiba tiba satu hari, I looked at her peyut... Guess what. SHE IS PREGNANT! OMG! SO I TOLD EVERYONE IN THIS HOUSE. 

FLUFFY PREGNANT! DIA BUNTING!! NO WONDER DIA ASYIK LAPARRR JE!

Me. With super freaking excited voice!

Yang suka kucing dalam rumah ni, sebenarnya Kakak & Ayah. Tapi masa dia datang. Kakak dont want her. Kakak masih trauma dengan kehilangan Oyen kesayangan dia. The first ever cat we had. Teringat lagi dulu, masa Oyen sakit. She really cry her eyes ball out. Sampai lah hari Oyen meninggal. Oyen tu pun, jumpa dekat tepi pasu rumah. Injured. Teruk. Rasanya sebab kena langgar. So kakak terus jaga dia. Terus jadi baby dia. Masatu I masih takut dengan kucing so...... I didnt came close. Oyen tu pun sumpah baik gila. But Alfatihah. Syurga buat mu sayang. Tuhan lagi tahu. Ambik dia cecepat sebelum dia sakit lagi melarat. Sebab masa bela dia tu pun, dia dah separuh nyawa. We knew he cant survive too long. 

Back to Fluffy. So kakak kata, jangan bela la. Tak payah bela la. Bagi makan dari jauh je. And I was so upset. "Tapi dia buntinggg kakakkk. Kesian dia." Kakak knew that I was so damn freaking afraid to hold her. Tapi tahu jugak yang I sebenarnya nak sangat sangat bela kucing tu. And so I suggest. Kita jaga sampai dia beranak je. Then we let her go bila dia dah stable. Kakak tamau. 

Everyday I pujuk, still dia tamau. Until one day, she looked at Fluffy with her perut boyot. Then she said, "Okaylah. Kita bela dia!" Lepastu i teruss pi order sangkar kucing dekat shopee. And I slowly try to belai her. Try to overcome semua rasa takut tu. Sampailah I okayyyyy dengan dia. Seketul Fluffy.



Tapi tahu tak, hari makin hari. Nama si Fluffy ni jadi Fiffy. And its all because of ayah. I told him. "Ayah nama dia Fluffy." Ayah dont bother. Ayah panggil Fiffy jugak. Rupanya..... Dia manja namampus eh dengan ayah. Sangat sangat sangat manja. And dia akan pandang bila panggil Fiffy. Panggil Fluffy dia tak toleh taw. Mengada kan? I yang nak bela you taw kucing. Tapi orang lain yang rapat dengan you. Mencik. HAHA

Jaga punya jaga punya jaga. Sampailah masa.......... Fiffy beranak!!! Here come her first babies!


1st batch kittens was born @ 23 October 2020

Tengok lah. Muka Fiffy. Tak hipokrit langsung!

"Kita nak netek anak sibuk la dia nak amik gambar.
Tepi la perempuan. Penat ni"

Terpaling annoyed la tu!

Siapa lagi yang bukan main excited nak bagi nama kittens ni kalau bukan I yang memang dari dulu sukaaaaaaaaaaaaa sangat pilih pilih nama! Hahah!

" Biar Nina yang bagi nama! And the theme is food! "

Kau, kalau dah hantu makan. Kucing pun nak bagi nama makanan!! Semua orang tak mampu nak cakap apa sebab kalau I dah buat decision. I am very firm with it. LoL even bagi nama kittens je pun hiks 😜


SO THE KITTENS NAME ARE..... With their sequence of birth. Come on, I even watched Fiffy beranak taw. Nak tahu siapa sulung siapa bongsu HAHA

Mellow -  Putih tompok oren ; jantan
Mac - Putih tompok hitam ; jantan
Oreo - Hitam tompok putih sikit ; betina
Sundae - Putih tompok kelabu ; betina
Flurry - Hitam full ada taik lalat kt hidung ; jantan

Oh I love them so much! Real freaking love. I am in love. So much in love!!!! Cant describe!

Tapi sayangnya sekarang at this moment I am typing this. Yang tinggal hanyalah Oreo seketul.
Mac awal awal dah meninggal sebab sakit. Followed by Sundae, van langgar. Lepastu si jantan menggelitis cari betina tak ingat jalan balik sampai sekarang si Flurry. Hilang tak balik balik. Geram betul. Lepastu the most manja one dalam batch ni is Mellow. Hilang jugak. I dont think Mellow ni cari betina macam si Flurry geletis tu. Tapi we all think. Dia sesat. Sebab Mellow lah paling jaranggggg sekali merayap. Always dalam rumah. Walaupun dia sulung and dia jantan. Sangat teramat manja. 

Kakak rindu korang semua. Mac & Sundae dah selamat dengan tuhan.

Flurry si geletis kemana pun kamu, kakak doakan kamu selamat. Jangan mainkan hati betina. Jadilah jantan yang baik. Nanti dah penat dengan betina, baliklah flurry. Baliklah. Pintu selalu terbuka untuk kamu.

Mellow si manja kakak, kakak doakan kamu selamat dekat mana pun kamu. Nanti kalau kamu dah jumpa jalan balik rumah. Baliklah nak. Kakak selalu tunggu kamu.

Walaupun mak kucing. I bahasakan diri Kakak because it feels so weird to name yourself as Bunda to cats. They dont even know how to speak. Kenapa Bunda? Sebab satu hari nanti kalau seketul Nina ada anak. I want my kids to call me Bunda. Klasik gitu. And I like it! Eh tiberrrr.

Lepas Fiffy beranak.. Kitorang biarlah Fiffy ni merendek. Sebab lepas beranak I tell you guys, Fiffy punya memanggil Jantans. Suara mendayu tak nak kalah beb. Dia punya ngiau fuhh habis jantan semua terpikat. 

After few months.. Know know, balik bunting lagi. LAGI! Tak jauh pun gap. Sebab doct dekat Vet kata jarak kucing nak bunting tak lama ye lepas beranak. Dalam sebulan je. Lebih kurang. Kalau I salah mahap la. Itu serasanya dalam ingatan. HAHA Lepastu kucing bunting tempoh lebih kurang 70 hari. Sebelum melahirkan.

Dan kemudian.....



2nd batch kittens was born @ 10 March 2021

" Amik jelah gambar tu, Fiffy dah penat meneran. Nak tidur jap "


Excited tak boleh cerita lagi. Sebab dorang lahir just a day before my birthday. YEAY! I ada members nak sambut birthdayy!!!! Tapi kali ni, kakak cakap. Dia nak bagi nama anak pulak.

"Sudah sudahlah tu nama omputih. Bagi nama melayu sikit. Kasi klasik sikit. Nama nama klasik"
- Mak Kandung Kucing ; Syida

Ye, sebenarnya mak kandung kepada semua kucing ni Kak Syida. Sebab dari A sampai Z memang dia yang bela. Makan pakai taik tempat tinggal. Lebih rapi dan teliti bila dia yang jaga. Sebab she sayang all the cats more than she sayang I. HAHAHA :p

Seketul Nina ni, bila kakak takde baruuu take over. Selagi kakak ada. Biarlah dia yang settle. I tahu main je dengan dorang. Sakit demam pun kakak yang bawak gi vet. Tapi tulah, I am their step mother la. I amik title tu. Lol Sebab bila kakak takde ini taring mak tiri mula keluar. I pula yang tolong jaga mereka. And everything pasal cats memang kami berdua je. Sebab orang lain tak larat bela. Ibu & along dengan asthma, lagipun I jugak yang nak bela dorang memula dulu. Jadi amiklah responsibilities tu. I dont mind Hehehe

Jadi marilah kita berkenalan dengan si kittens klasik ni. Jenuh juga ye mikir nama nama klasik untuk dorang. 

Mawar - Full oren ; betina
Jebat - Putih tompok hitam ; jantan
Lily - Hitam oren putih ; betina
Melati - Putih tompok oren cair ; betina
Lekiu @ Tuah - Putih tompok oren yang sangat cair ; jantan
Jasmine - Putih tompok oren pekat ; betina

Lekiu ada dua nama, sebab masa bubuh nama lekiu dia selalu sakit. So we changed it to Tuah. Tapi tak lama lepastu pun dia meninggal. Hmmmm. 

Klasik kan nama? Lily dengan Jasmine tu memang saja I letak element english sikit. Nak jugak nampak modern! HAHAHA

At this moment, I menaip ni. Yang tinggal hanya Melati & Jasmine. Si kembar oren putih. Mawar hilang. Kitorang rasa dia mungkin jatuh dalam longkang lepastu dia kena makan dengan biawak besar. Biasalah kitorang tinggal dalam kawasan kampung dalam bandar. Jadi haiwan liar memang banyak. Later I show you video babi hutan melintas depan kitorang. HAHA 

Jebat meninggal dulu, meninggal dalam tidur. Kitorang syak Fiffy terduduk atas dia. Lepastu Tuah lepastu Lily. We all rasa because dorang tak cukup nutrients. Sebab masa si Fiffy ni mengandung untuk 2nd batch. Kitorang macam tak terperasan taw. Kurang vitamin la mungkin. Fiffy tak berapa dapat vitamin yang cukup. Then affected dekat anak anak. Berapa banyak air mata kami terjuraih. Sebab kan anak anak syurga ni. Semoga semua berdamai dan berehat dengan tuhan yang penuh kasih sayang. Kitorang selalu rindu kamu semua.

Masa kitorang rasa rumah ni dah penuh sangat dengan kucing yang mana ibu dah terlalu lemas. Tiba tiba tuhan hantar sekor lagi kucing jantan yang menyedihkan. Dia sesat. Busuk. Garang. Pun tak cukup nutrisi. Datang menumpang susu si Fiffy. Mengemis sampai bergaduh dengan semua. Mulanya Fiffy tamau, sebab dia dah ramai kan mengembek. Tek pun dah penat. Tapi ayah kata lama lama Fiffy kasi je dia netek. Dah terus jadi anak Fiffy jugak. Gantikan yang meninggal masatu. I bagi nama dia Jojo. Takde sebab yang kukuh, cuma nama tu yang terlintas dalam kepala. Hihi 


EEHHH COMELNYAA KORANG NI TENGOK SINI JAPPP!!!

Jeritan mak tiri yang tak tahan tengok comel sangat dorang berhimpit tidur

    Panjang tengkuk Mawar toleh terperanjat kak Nina jerit nak amik gambar
Jojo kecikkan mata nak tunjuk muka annoyed Kak Nina memekik
Jasmine je pandai besarkan bijik mata nak bergambar
Melati punya muka menyampah tak sorok. Perangai mummy dia sangat.

Ni gambar sebelum Mawar hilang. 

3 days lepas amik gambar ni, Mawar dah tak jumpa kat mana mana.

Since tak tahu bila birthday si Jojo ni. I assume jelah dia satu batch dengan 2nd batch ni. Hihi sama baby March macam dorang punya step mother :p

Tak lama lepastu...... Fiffy merendek. Dan kembali memanggil jantans. Masa ni semua orang dah risau yang teramat sangat. Dah banyak kucing dekat rumah. Ibu tak tahan bau kucing kuat sangat. Sampai ibu suruh bagi orang semua ni. Menangis lah kami berdua memendam rasa. Fiffy tak faham apa apa. Masih merayau beronok ronok. Ayah cakap, cukup cukuplah kucing dalam rumah ni! Ramai sangat! Lepasni kalau Fiffy bunting lagi ayah tinggal semua dekat sungai.

Bersebab.... Ibu & along makin teruk asthma nya. Kitorang pun takde tempat khas nak letak kucing ni kat mana mana. Masih belajar nak handle taik kencing dorang. Sebab macam terkejut taw. Yang1st batch pun masih belajar nak handle tahu tahu dapat anak lagi. Hmm

Dengan sebulat suara, ayah suruh kurung Fiffy sebab dia pun tamau lepaskan mummy manja ni. Untuk mengelakkan Fiffy bunting. Jadi lepastu kakak pun bawak pergi Vet. Sesampainya di sana.. Ini cerita few months after beranak ye. TAK JADI BUNTINGKAN GAIS. Fiffy bunting lagiiiiiiiiiii!!!!!! 
And ayah & ibu berkeras. Keluar je kittens ni. Terus bagi orang. Dah tamau bela. Enough is enough!

Masa ni, kami the mothers ni hari hari bincang macam mana anak anak ni. Kalau kitorang berkeras nak jaga, ayah suruh bagi semua dekat orang. No compromise. Walaupun tahu dia tak nak pun lepaskan semua. Sayang dah dia. 

Sampailah hari Fiffy melahirkan.....




3rd batch kittens was born @ 6 August 2021

8 kittens guys! 8!!!!!!

Semua orang terkejut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Macam mana nak bagiiiii orang ni. I yang menangis sayang nak tinggalkan dorang pujuk kakak. Jangan lah bagi orang kakak. Janganlah. Kesian. So kakak kata takpela lepas putus susu baru bagi orang. Barulah lega. Tapi sementara tu, hari hari ibu ayah suruh kitorang buat ads. Nak kasi anak kucing dekat orang. Tak ada siapa yang nak. Banyak sangat :((

Jadi sementara tu, seketul Nina decide untuk bagi nama dekat dorang. And theme kali ni, Artist! Kakak tamau amik port dah sebab masatu dia kata, nanti nak bagi orang. Orang mesti tukar nama. But I dont care. SELAGI MASIH DI SINI. Semua orang akan dapat nama. I DONT CARE.

Payah sikit yang 3rd batch ni, sebab ada 4 oren. Satu ekornya panjang sangat. Satu ekornya kuntut sangat. Satu ekornya sedang sedang. Satu yang palinggg kecik size. 2 putih tompok oren. Dan yang batch ni, masih lagi mengekalkan nama & sequence kelahiran ya. 

Luis - Oren ekor sedang sedang ; jantan
Casper - Hitam tompok putih ; jantan
Brian - Kelabu belang ; jantan
Edward - Putih tompok oren besar ; jantan
Aubrey - Oren ekor pendek ; betina
Baby - Oren ekor panjang ; betina
Avril - Putih tompok oren kecik ; betina
Hailey - Oren badan sangat kecik ; betina

3rd batch ni semua ada masalah mata. Hailey, Edward & Aubrey masa lahir normal. Tapi lepas few weeks. Buta semua. Mata bengak. Nanah. Terus buta. Doctor cakap infection dekat air liur Fiffy lepastu Fiffy bersihkan anak anak dia sangat kasar. Sampai terjojol mata dorang. Batch ni paling menyayat hati. Pemergian semua sangat menyentuh. Menggugu menangis tak payah cerita. Tapi takpelah. Sekurangnya mereka tak sakit dan suffer dekat dunia dengan keadaan buta. Casper & Baby meninggal tiba tiba. Baby tu tak sempat bagi nama sebab meninggal awal. Meninggal dalam tidur. Sama macam Jebat. Casper demam tiba tiba lepastu terus meninggal. 

Masa dorang semua sarat sakit & meninggal. I marah dekat ibu & ayah. Sebab depan dorang duk cakap nak bagi orang la. Tak nak la. Ramai sangat la. Eh semua la. Jadi bila sorang sorang pergi tinggalkan kitorang. I feel so upset. So I told them. " TULAH SIBUK SANGAT NAK BAGI ORANG. KAN TUHAN AMIK TERUS "  Sempat merajuk la seketul Nina.

Waktu create post ni. Tinggal 3 je. Luis, Brian & Avril. Dorang je yang survive. 

Tapi tuhan gantikan yang lagi 5 tu dengan seketul Cantik. HAHA I kutip Cantik dekat tempat niaga. Dia jatuh dalam longkang. Dia kitorang punya biggest scam for the year! Sumpah cantik sangat. Sebab tula nama dia Cantik. Tapi bila bawak pergi Vet. DIA JANTAN BEB! 


But I insist untuk maintain nama dia Cantik. Sampai I rasa dia pun confuse dengan identity sendiri hoho

Semua orang nak tukar nama, jangan haraplah. Nak pulak. Kita yang mengutip member ni lemas dalam longkang. Oh dengan bantuan customer baik hati untuk turun dalam longkang. Abang customer tu yang turun, Nina tukang support pungut. Sebab Cantik masatu tak cukup nafas. Selesai membasuh mandi semua. Maka sempatlah record video bermanja.



Bukan main panjang post ni kan, sengaja tak nak guna English sebab ada orang cakap dengan kita malas nak baca kalau post english sangat. Sorry la. Larat ke awak membaca sampai ke bawah ni? 👽

Jadi sekarang, harini 15 - 02 - 2022 hanya tinggal 9 sahaja yang masih ada. Campur tolak semua asalnya ada 22. Tapi dengan episod suka duka luka bertahanlah 9 sehingga ke harini. And there is no words to say how much I love them. I yang mak tiri ni pun sayang dorang apatah lagi mak kandung dorang kan.

Appreciation post pada tuhan, sebab bagi seketul Nina dah tak takut pada kucing. Alhamdulillah boleh peluk gomol cium semua walaupun lepastu muka berbintik merah dan menggaru hidung. Terima kasih sangat sangat. Alhamdulillah. I am bless! And happy! And I love them. So much.


Entri ni jadi kenangan untuk seketul Nina pada hari akan datang. Simpan buat kenangan andai kata ada yang pergi dulu. Jadikan lah penawar hati buat semua. 

Terima kasih pada yang sudi membaca. Allah bless you!

Monday, 14 February 2022

Hairies

" Eh Nina cantiknya rambut "
" Eh Nina lembutnya rambut "
" Eh Nina rambut warna tak nampak busuk pun "

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

BELIEVE ME! Comment yang no 3 tu selaluuu sangat dengar.

Yang no 1 & 2 tu kita anggap dia nampak dari luarannya sahaja. Sebab siapa yang warna rambut mesti tahu kut celah bedah mana pun smooth nya di mata manusia. Your hair will always sedikit dawai. Heh sorry dah bukak rahsia semua.

Pemilihan warna rambut adalah sangat penting untuk muka seseorang. Pernah je warna rambut yang macam warna bleaching kuning namampus tu tapi tak sesuai dengan muka. Sebab pipi I is dobok. Bila terlalu cerah they will look super big. I mean my face! Orang lain I tak taw. Sebab itu elok sangat dah tuhan kasi rambut originally Hitam Perang. Kan? Yelah, kita manusia nak mencuba. Hihi 🙊

I will always go for Brunette hair color because that one makes my hair looks classy gitchuuu. Tapi sebenarnya I am dying to color them to purple and pink AS I LOVE THAT 2 COLOR SO MUCH.


CANTIKKAN? Imagining me with this color. Fuh. But never got the courage to do so. Tahu tahu balik nanti terus takde rambut. Scary issit? 

But hey, I dah pernah try taw. Colored them to purple. Bacause if you nak warna terang gini. Kena bleach. As seseorang yang tak rajin pergi treatment rambut, I dont recommend you to do so! They will look super dry. And the color. Dont maintain itself. If your rambut originally dah perang. They will change color sekejapan cuma.

Macam I tried to. Warna purple with no bleaching. No picture of me will be uploaded because I is malu. LOL For 2 weeks je purple then it change to some red color and eventually dia jadi Brunette balik. You got to poket tebal to maintain the color and atleast once a week for a hair treatment session. Which I dont have the budget and i dont have the time. Mehh.

Though the color changed. I got my secret way to maintain for it to look healthy. While it is not sooo healthy jugak, but 1st impression got to be good! Want to know the secret? Come here come here!


Oh now, its not a secret no more!

Okay actually since people keep on asking me. How I maintain my hair without going to saloon frequently for the treatment. So do-it-yourself  treament. Of course tak sama macam dekat saloon but atleast hey ada jugak dapat comment yang buat diku fefeeling extra manies :p

You can now google the benefits for each type! But I bet you malas. So I lah yang kena rajin kan diri update dekat sini kan. Hoho


Masalah rambut gatal bila rambut baru nak tumbuh selalu jadi masalah. As for me sendiri, bila rambut original nak keluar. Rambut hitam tu, superrrr itchy. Kulit kepala rasa tak sedap teruk. So I use this. SETTLE. Gatal tu sekejap je lepastu dia best gila. Kepala rasa nyamannnnnn jerhh. As sesetengah syampu, bila kita guna dia sangat mendawaikan rambut especially syampu yang for dandruff type.  Usually brand yang biasa la. Yang macam dekat iklan TV tu kan. Its not good. Rambut awak tak warna pun, tapi kenapa bila awak pakai yang brand itu itu tu kenapa masih dawai? So its not good okay. Chemical tinggi. Nayy not good for hair. Bertukarlah kepada Iform wonder volume :p


Hey, ibu i sangat cerewet taw bab rambut gatal. But she love this very much! She looovvveee the cooling. And rambut pun wangiii sangat. No more bau kulit kepala. Trust me! You will love this!




This one secret for rambut lembuuttttttttttt wangi teramat. Bila orang usik usik macam ehh lembutnya rambut. Tak kasar sangat. Macam rambut biasa biasa je. MASIH KASAR TAPI TAK KASAR SANGAT. Hello its a compliment jugak taw. Flip hair kang baru tahu 😝

Tapi serious serious. Pakai yang ni, memang rambut auto lembut. Rahsia rambut berwarna macam classy chantieq gitchuuu. Guna ni la. Memang puas hati. Rasa lah mahkota idaman wanita gitu. Nak flip hair kat orang pun orang tak jatuh ke belakang. Dorang rasa macam ala ala geli dedaun layang atas muka. Tak percaya try la. Try! Lelaki yang rambut panjang pun. Korang dahlah handsome bela rambut panjang. Pakai ni. Lagi superrr handsome. EHEHEHEHE bye 




Ini masque untuk rambut taw. Bukan syampuu. Okay yang ni cara pakai dia, lepas syampu korang biarkan dia dekat rambut for 15 to 20 minutes. Boleh lah tu tunggu sementara membuang atau fefeeling jadi artis dalam bilik air. Hihi Lepastu baru bilas. Yang ada masalah bercabang dekat bawah kan. Ini memang untuk repair. Function untuk repair. Ada yogurt yang super baik untuk repair rambut plus extra lembutkan rambut. Pun sama, buat rambut korang nampak cantik tak bermasalah gitu. Walaupun berwarna tapi dia tak nampak busuk. Nampak macam korang selalu pergi saloon. 


Semua ni lelaki perempuan dedua boleh guna. Apa yang best lagi sebab dorang ni NATURAL dan pakai extract Bunga Raya. Yang suka jaga rambut, mestiii tahu extract Bunga Raya are the best for our hair! 

Penting untuk mereka yang warna rambut pakai syampu yang tidak mengandungi kandungan chemical yang tinggi. It will damage your hair. Yang tak warna rambut pun sebaiknya cari jugalah syampu yang natural. Sebab korang tak warna rambut kalau jaga rambut lagiiilah superb wa cakap sama lu! 

Dia punya lembut. Dia punya cantik tak bercabang. Memang best!!

Semua ni korang boleh beli dekat Shopee atau Lazada. Type je IFORM HAIR nanti keluar semua. Dia ada lagi Hair Tonic, Hair Serum. And banyak lagi. Tapi since yang bertanya pun tanya rahsia rambut saya. Maka saya share lah 3 benda utama yang saya guna. Best kan?

Okay go open your Shopee Apps now. And goodluck menjaga rambut kalian~~

Credit gambar semua dekat Google.

Sunday, 6 February 2022

Blogger dot com

Hello. Its 2022!
I am officially but unofficially 13 years with blogger dot com.




Ada lagi ke yang masih di sini? I usually use rojak words and rojak language here since.... Nobody really read it also. Tapi I still dont know why, Ive been always attracted to this. Blogger dot com thingy. Hahaha

Maybe, because I love to talk. Or actually love to membebel. But I dont want people to feel tired with me. So I just rant here, feel sad here. And talk or write about anything here. Just here.

Dont mind me if you dont want to read anything. You can just click the X button. But if you do want to read or waste your time here. I really appreciate it also. Dont forget the nuffnang button. If you are reading this, and the nuffnang button are not there. I will insert the features later. Or Ive deleted them? I dont know. But if its there. Just hit it up!


I sebenarnya dont have that much time to always post a post. As everybody knows, dunia berpusing dengan sangat laju and we do have Twitter and Instagram to rant or express our thoughts nowadays. Kan? Yeah, I did the same thing too. And because they are much easier to access. So they will always be there. Cewah.

But myself. I want to stay there but not wanting to express much. Because theyre somehow kinda creepy. Semua benda pun nak viral. Sometimes its good. But sometimes. Its really unhealthy. Depends on how you think of it lah kan. HEHE 

But what I think, its best needed for spreading the news to help people. Giving us live updates on what bloody hell happening, faster than the news on the TV or papers. Eh, zaman sekarang mana ada surat khabar dah kan. Semua pun online. Hihi maksud I is nak tunggu berita official tu macam berzaman. And that is when, Twitter and Instagram functioning the best. Facebook? OH WELL. I rarely use them. I dont know much bout Facebook trend. But I will be there to cari rezeki. Thats the best platform for me. To promote and advertise things. Alhamdulillah. Menyempatttttt.




Wow, so random. First post of 2022 are comparing the media social sites. HAHA well bukan I la kalau tak random kan? :p

Does anybody mention Tiktok? Oh well well. Definitelyy tempat hilang bosan. Eh tapi ada jugak ilmu yang kita dapat. Life hacks. Short ceramah and tazkirah. Basically any short videos that interesting to watch. I love the dance there. THEY WERE ALL FANTASTIC! I want to learn to dance but ehem. Excuse me Nins? Hello dont forget that you are kayu. Lol I know theres really issues with halal haram. Yes of course kan. Dont want to talk about it. You yourself knows what best for you guys! 




Now lets back to blogger dot com. So, I want to edit the themes. Again. Biasalah. Never post anything but always edit the theme. And its been 5 years with the Black theme. Now lets BE WHITE! Tak nak nampak moody gloomy dah kan. But actually I go with the dark theme because... I is rabun plus sangat silau HAHAHAHAHA

So whenever I want to read my blog. Tidaklah menyakitkan mata sendiri. Cuma entahlah, rasa macam dark mode ni terlalu suram pulak. Phone pun semua dah dark mode. Marilah kita memutihkan diri. Kita cuba buat theme yang kurang sakit mata. Maybe silver. Or i dont know. Tunggu lah nanti. Hihiks.

Maka, berlalulah sudah ramadhan. Sebulan berpuasa.... Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...

Eh taklah, maka dengan ini saya ingin menyudahi posting kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada posting akan datang. Ecewah. Fefeeling sangat ada yang menunggu. HAHAHA Biasalah. Seketul Ninja memang begini.

So lets wrap this up! Thanks for reading. And thanks for living!! 

Bye bye!