Thursday, 6 August 2015

#1EmO

Bila ada masa, kita jumpa lagi. Cipta memori lagi.
Kalau takde masa, tak dapat jumpa lagi. Memori lama jangan padam lagi.

Memang, kita tak tahu. Apa yang ada dalam setiap satu hati anak Adam dan Hawa.
Kita memang takkan pernah boleh puaskan hati semua orang.
Sedangkan, hati kita sendiri pun kita masih tak boleh puaskan.

Dah tak mahu benda yang sia sia ni lagi. Sangat tak mahu.
Kalau boleh, nak lari jauh. Jauh dari semua ni.
Lagi pula, dosa tu jangan tak ingat. 
Ye, tersasar. Jauh tersasar.
Terlupa? Lumrah.
Manusia.

Janganlah lupa Allah tu ada.
Manusia sekeliling, memang takkan ada yang adil dengan kita.
Manusia. Hamba. Jahil. Kerdil. Tak mampu apa apa.

Allah tu, SATU.
Maha Memahami, Maha Mengasihi, Maha Adil, Maha Kuasa.

Jadi, kenapa lagi, nak sakitkan hati sendiri?
Expecting orang faham kita... Orang macam itu, macam ini dengan kita.
Kita duk sorang sorang terkontang kanting tepi sini,
Ada ke orang pernah tahu kita ni pun memang berusaha jaga hati semua?
Lebih lebih lagi cuba ubat hati sendiri.

Taklah, bukan kau sorang je rasa benda tu.
Masing masing, adalah bahagian masing masing.
Yelah, manusia. Selalu terlupa. Jahilkan.
Emosi. Ego. Duh apa lagi? Lengkap semua buruknya.

Kita ni bukan DIA. Takkan boleh puaskan hati manusia.
DIA je boleh. Jadi, seboleh-bolehnya.
Cubalah, cuba kawal emosi yang tak keruan.
Orang lain pun sedang mencuba,
Mencuba faham segala tindak tanduk, segala isi hati.
Tapi manusia. Tak boleh faham semua 100%

Negative tu, minta la bawa jauh jauh.
Kalau boleh, tak nak lukakan hati sesiapa dah.
Tak nak. 
Kalau boleh, try la blend dengan semua orang.
Instead of, orang semua kena faham kita tapi kita pun gitu gitu je

Minta la effort sikit. Muhasabah diri kan.
Bukan orang lain semuanya salah.
Kita ni. Kita ni.
Mana cacat celanya?
Takkan orang lain nak buat dekat kita,
Kalau kita ni takde buat apa..

Kita ni tak maksum.
Yelah, kita dah rasa. Kita dah cuba buat everything untuk semua orang.
Still we got nothing. Yang ada cuma rasa sakit hati sebab acahnya orang tak nampak effort kita.
Sebab kita buat semua bukan sebab DIA. 

Kalaulah kita buat semua sebab DIA.
Hidup mesti senang tenang lenang je.
Takde mengharap orang akan sentiasa faham kita.
Takde mengharap orang tahu macam mana sakitnya kita.
Takde mengharap sentiasa ada orang sekeliling kita,
Support kita all the way ups and downs.
Manusia. Macam biasa. Jahil.

Bukanlah kata, hidup kat dunia ni.
Menghadap DIA semata.
Sesama manusia. Masih perlu ada silaturrahim.
Cuma nak berharap lebih lebih tu lepasni.
Cubalah jangan. Jangan.

Benda yang sia sia ni, janganlah. Tak naklah. 
Minta jauhlah. Jauh sangat. Berhentilah. Berhenti.

DIA TAHU EVERYTHING.


Terima kasih sekalung budi kat kawan kita.
Selalu ingatkan kita dekat DIA.
Bila masa kita lupa, kita leka,
kita lalai dengan emosi takde hujungnya ni.
Terima kasih sis. Terima kasih.